Damai Minda Tenang Jiwa

Damai Minda Tenang Jiwa
Damai Minda Tenang Jiwa

Wednesday, July 18, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H


RAMADHAN DATANG LAGI. Semoga Allah mempermudahkan untuk kita menyempurnakan Ramadhan  pada kali ini. Kepada semua umat Islam, SALAM RAMADHAN .Sambutan dan penghormatan kita kepada Ramadhan adalah tanda ketaqwaan kita kepada Allah. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj ayat 32 bermaksud : 
 
‘Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa)  kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin’
 
KEHADIRAN RAMADHAN KITA NANTIKAN.  Ramadhan  adalah wadah bagi membina dan meningkatkan kualiti iman dan ketaqwaan. Hiasilah Ramadhan dengan ibadah, bermunajat, bertadarus dan berzikir.  Rasulullah S.AW bersabda yang bermaksud ‘Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadah, doanya mustajab dan amalannya digandakan’ (Hadis riwayat  Ibn Mandah daripada Ibn Umar dan al-Dailami daripada Abdullah bin abu Aufa).

No comments: